Sunday, 27 February 2011

RAYUAN DERMA BAGI MEMBINA SURAU SERI PALMA


Assalamualaikum,

YB/Dato'/Tuan/Puan

Dengan rendah diri dimaklumkan bahawa pihak jawatankuasa Surau Seri Palma, Bandar Seri Botani sedang berusaha untuk membina sebuah surau yang berharga RM300,000.00 (tiga ratus ribu ringgit). Surau tersebut akan memuatkan seramai 100 orang jemaah dalam satu-satu masa (muslimin & muslimat) bagi keperluan qariah Taman Seri Palma khususnya dan Bandar Seri Botani amnya. Surau ini juga bakal menjadi kemudahan ibadah bagi pengunjung dan pengguna laluan Ipoh - Batu Gajah kerana lokasinya yang berada di tengah-tengah laluan tersebut.

Sehubungan itu, pihak kami ingin memohon jasa baik YB/Dato'/Tuan/Puan agar dapat menghulurkan bantuan kewangan mengikut kemampuan masing-masing untuk bersama-sama membina surau di Taman Seri Palma ini. Sumbangan dan derma boleh disalurkan ke :-

Bendahari, Surau Seri Palma, No. 65 Palma A/7,
Seri Palma, Bandar Seri Bontani, 31350 Ipoh, 
Perak.

Sumbangan juga boleh dilakukan dalam bentuk wang tunai / kiriman wang pos / cek samada melalui penghantaran terus atau melalui akaun Maybank bernombor 5584 5310 1267 atas nama Surau Seri Palma.

Resit rasmi dan surat kebenaran kutipan derma oleh Majlis Agama Islam dan Adat melayu Perak Darul Ridzuan (MAIPk) boleh dikirimkan oleh kami sekiranya diperlukan. Surat kelulusan MAIPk juga boleh dirujuk di nombor : Bil(3)dlm.MAIPk./05-PD/242-S bertarikh 8 September 2010. Dengan menghubungi Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak Darul Ridzuan (MAIPk), (Bahagian Hartanah), Tingkat 4, Kompleks Islam Darul Ridzuan, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, 30000 Ipoh, Perak. Telefon 05-2431398.

Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Baqarah ayat 274 bermaksud; 
'Orang-orang yang membelanjakan hartanya malam dan siang dengan bersembunyi dan berterangan (jalan Allah) maka untuk mereka itu pahala di sisi Tuhannya tiada ketakutan atas mereka dan tiada mereka berdukacita".

Segala sumbangan YB/Dato'/Tuan/Puan kami dahului dengan setinggi-tinggi penghargaan. Hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya.

No comments:

Post a Comment